Total Pageviews

Sunday, June 12, 2011

“Suami” Itu Bukan Title!


Apabila mendengar cerita seorang sahabat baik telah berpisah dengan isterinya, I tumpang rasa sedih. Semasa zaman belajar dulu mereka merupakan couple yang paling setia. Si boyfriend memuja si girlfriend, begitu juga sebaliknya. Ke hulu, ke hilir berdua-duaan. Disebabkan both daripada keluarga yang agak berada, jadi masing-masing mempunyai kereta sendiri. Tapi bila pergi dating mereka akan bergilir-gilir kereta. Nampak memang cocok sekali. Setelah tamat belajar mereka pun ke jinjang pelamin. Kawan-kawan tumpang gembira..tapi akhirnya takdir mereka jadi begitu…sedihkan?

Dengar khabarnya kawan I ini telah meninggalkan isterinya. Rumahtangga mereka tak bahagia kerana isterinya ‘queen control’. Sepanjang perkahwinan dia menjadi ‘drebar’ isterinya. Ke mana sahaja isterinya nak pergi, dia yang kena hantar termasuklah ke pejabat setiap hari. Kebetulan kawan I ini menjalankan bisnes sendiri, jadi waktu kerjanya adalah amat flexible. Hiasan dalam rumah semuanya mengikut selera isterinya,  walaupun kawan I ini terkenal dengan bakatnya yang artistic. Yang paling menyedihkan, setiap kali  hari raya mereka akan balik ke rumah keluarga isterinya dahulu dan hari raya ke-10 baru balik ke rumah orang tua suami…

Apabila bercerita dengan lebih lanjut barulah I tahu bahawa kawan I ni tidak mempunyai pendapatan tetap dan perniagaannya tidak berapa berjaya..suam-suam kuku kata orang. Segala perbelanjaan rumah ditanggung oleh isterinya. Bil, belanja dapur, etc..semua menggunakan duit gaji isterinya. Ini membuatkan I terfikir....adakah tindakan isterinya tadi merupakan tindakan “Queen Control”? Salahkah seorang isterinya melayan suaminya begitu?

Pada pandangan I, kawan I ini juga ada silapnya. Ramai yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham. Gelaran suami itu bukannya satu anugerah, bukan title macam “Datuk” yang diberi oleh raja tu. Jangan la nak perasan! Ia merupakan satu ‘jawatan’ atau ‘designation’ yang berpakej bersamanya tanggung jawab. Tanggung jawab pula disertai dengan power atau kuasa. Suami samalah macam jawatan-jawatan yang lain seperti cikgu, doktor, Yang Berhormat, Chief Inspector..dan lain-lain yang semuanya  carries with it satu tanggung jawab…dan dalam melaksanakan tanggung jawab itu mereka diberikan kuasa. Jadi, sekiranya dalam sebuah rumahtangga, tanggungjawab suami telah diserahkan kepada isteri, ini bermakna kuasa juga telah diberikan kepada isteri. Kalau sewa rumah, ansuran kereta, bil-bil dan belanja dapur diuruskan oleh isteri, apa tanggung jawab yang tinggal pada suami? Memang tidak salah berkongsi tetapi yang basic perlu diselesaikan oleh suami.

Biasanya hanya dengan melafaz akad nikah di masjid, dan setelah menyarung sebentuk cincin di jari pasangannya, seorang lelaki itu dengan bangganya terus mendabik dada menggunakan title “suami” itu. Dialog yang amat biasa kita dengar “Aku sekarang dah jadi suami, so hidup aku akan lebih teratur sebab ada orang yang akan jaga makan pakai aku” atau bila bergaduh dengan isteri..”saya suami, awak kena hormat saya, awak kena dengar cakap saya!”. Padahal spender sendiri pun isteri yang beli! Memang muka tak tau malu!!

Zaman sekarang makin ramai lelaki yang tidak bekerja dan membiarkan isteri yang keluar mencari nafkah untuk keluarga. Untuk kes yang dibuang kerja kerana masalah ekonomi gawat dan sebagainya itu kita fahamlah. Tapi tak kan dah setahun memerap di rumah masih tak dapat mencari kerja yang baru? Betul tak? Ada pulak tu yang bagi alasan “kalau I kerja, siapa nak hantar isteri pergi pejabat, siapa nak hantar anak-anak I pegi sekolah? That is sooo lame!. Sebenarnya, sebab dah selama 365 hari relax kat rumah, dah naik lemak, dia sengaja nak cari alasan untuk tak payah kerja. Lagi best duduk rumah, makan tanggung, berak cangkung!

So, untuk golongan suami di luar sana, ingatlah. Jawatan anda sebagai suami itu is not given to you for free but it comes with it big..no HUGE responsibility. You don’t simply get the respect from your wife and children, but you have to earn it. Jangan kelirukan anak-anak dengan title ketua keluarga tapi yang sering buat decisions adalah isteri. Jangan pulak nak salahkan isteri kalau isteri rasa lebih berkuasa, sebab bila you dah serahkan tanggung jawab you kepada isteri, it means you have also given her the power..

Kepada kawan I yang telah I kenali sepanjang 20 tahun itu, I tahu dia seorang lelaki yang baik dan penyayang. I doakan semoga dia berjumpa dengan cinta yang baru dan akan memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat..
Wassalam…

1 comment: