Total Pageviews

Monday, June 20, 2011

Orang Dia....Orang Kita...


Orang dia kalau kat library tak duduk berdua-duaan, tak de lentok sana, lentok sini. Orang kita kalau pegi library especially yang di IPT …mesti nak bercouple. Kalau tak de awek, tak de semangat nak study konon..so selalu la gunakan alasan pegi library tapi sebenarnya nak berdating…

Orang dia kalau hari panas suka keluar jalan-jalan, bersukan, hirup udara nyaman..amal hidup sihat. Orang kita lagi panas lagi la malas nak keluar, lagi nak naik kereta ke sana-sini, bukak aircond kuat-kuat. Tak tahan panas konon.. tak mau bukak tingkap. Tak mau buat aktiviti outdoor, konon takut kena cahaya matahari nanti kulit hitam… padahal kulit pun dah tepu sebenarnya..ha..ha..

Orang dia amat appreciate alam sekitar, cukup sayang kat pokok…kat tumbuh-tumbuhan. Sampai pokok lalang pun dia orang regard as exotic plants. Nak renovate buildings, pokok-pokok yang ada dekat area tu dipasangkan pagar elok-elok supaya kerja-kerja pembinaan tak ‘cederakan’ pokok-pokok. Orang kita pantang nampak pokok, tangan mesti gatal nak toreh-toreh  tulis kat batang pokok..I was here la..I love you la..ehem-ehem loves ehem-ehem la..Or  yang otak bisnes tu cepat-cepat mark lokasi untuk tebang balak and ada juga yang tak habih-habih nak buat projek perumahan, walaupun kat ceruk hutan yang hanya gajah je yang nak tinggal kat situ..

Orang dia kalau bersembang bisik-bisik aje..kalau ketawa pun pendek-pendek and perlahan. Orang kita kalau bersembang, memang  tak ingat dunia. Ketawa mesti kuat-kuat sebab kalau tak kuat bukan ketawa namanya. Lagi kuat , orang lalu-lalang pandang, lagi glamour u!
Orang dia menghias rumah cukup simple. Ruang tamu cuma ada sofa dan rak buku. Ruang makan cuma ada meja dan kerusi makan. Ruang rehat cuma ada sofa dan akuarium. Orang kita menghias rumah, selagi tak sarat tak puas hati. TV kena ada dalam setiap bilik. Dah letak satu set sofa, tambah lagi dengan kerusi malas, kerusi rajin dan sebagainya. Ruang makan kalau tak de kabinet tempat nak letak tupperware bertingkat-tingkat memang tak sah….

Orang dia paling pandai berjimat cermat. Tak kira lah yang miskin ke yang kaya. Barang-barang dijaga dengan rapi, hinggakan lepas 5 tahun pun bila buat garage sale, jual barangan yang elok lagi dan boleh dipakai. Dia orang pakai kereta yang simple and buruk je.. janji boleh jalan. Bukan macam orang kita, kereta kena sentiasa nampak baru. Bila bunyi bising sikit, dah kelam kabut pergi hantar repair..kerusi kereta comot sikit kena  ganti dengan yang baru..kadang-kadang,  kereta calar sikit pun dah sibuk nak survey kereta baru…

Bukan setakat orang dewasa je pandai menjaga barang, anak-anak dia pun sama. Barang permainan, kalau jual balik memang kebanyakannya  masih elok. Kalau anak-anak kita, bila dapat mainan baru, paling lama seminggu. Lepas tu gerenti berderai! Anak patung kepala tercabut, kalau kereta hotwheels, tayar pulak tercabut!

Orang dia,  kalau tak mau pakai dah barang-barang, dia jual or kalau dah buruk bagi sedekah kat orang. Orang kita suka simpan barang sampai buruk . Walaupun dah tak nak pakai tapi sebab  sayang, simpan. Nak buang sayang, nak bagi orang kedekut. Menyudahnya stor penuh dengan barang-barang  yang lapuk akibat disimpan terlalu lama. Tak percaya? Rumah siapa stor dia kosong, angkat tangan?..ha..ha.

Apa-apa pun, orang selalu kata jangan la suka buat perbandingan orang kita dengan orang dia sebab budaya dia dengan budaya kita tak sama..tapi apa salahnya kalau kita ambik sikit budaya dia yang positif dan tinggalkan budaya kita yang turun-temurun tu tapi dah ternyata amat merugikan..apa salahnya kan? Peace y’all!


No comments:

Post a Comment