Total Pageviews

Tuesday, June 7, 2011

Amal dan Haqam..bagai telur dan ayam..yang mana datang dulu?

Budak tu masa kecik baik betul! Rajin sembahyang..kalau ayahnya solat maghrib, dia masa tu umur 3 tahun, tonggang tonggek ikut apa ayahnya buat, rukuk, sujud..tiap2 hari ikut. Mak ayah siap belikan sejadah dan kopiah kecik and comel untuk dia. Siap ambik gambar lagi masuk kat fesbuk..Kawan-kawan pun komen,”comelnya anak u! boleh jadi ustaz!”..Tapi bila dah besar nak suruh solat liat sungguh! Mak berleter sampai sebaldi air liur pun belum tentu dia bangkit pegi ambik wuduk. Itu pun kalau pegi masuk bilik air pun kena perati betul-betul. “Dah ambik wuduk? “ mak dia Tanya. “Dah mak”,  dia jawab tapi tumit kering macam seminggu tak pijak air..So, apa sudah jadi? Solat tak sah, siap menipu mak lagi! Mak ayah paling strict pasal agama. Kat sekolah waktu mata pelajaran Pendidikan Islam lebih banyak daripada muzik. Ada tu yang pegi sekolah agama tambahan lagi waktu petang atau pagi. Tak kan tak cukup? So, apa masalahnya?
Ni la yang Syed Naqib Al-Attas, ahli falsafah Islam Malaysia, (pak cik I yang I jumpa through google ha..ha..) cakap tentang 4 perkara pokok dalam Islamic philosophy; amal, ahli, haqam dan adab. Tapi dengan akal dan pengetahuan I yang amat cetek tentang falsafah Islam ini (walaupun dah nak masuk 40 tahun hidup sebagai seorang Islam), rasanya nak discuss pasal 2 sahaja yang I rasa relevant dengan situasi di atas iaitu amal dan haqam.
Amal menurut beliau adalah praktis atau perkara-perkara ritual yang kita biasa buat dalam kehidupan, juga merangkumi norma, peraturan, undang-undang..kalau bahasa simple kita panggil 'apa yang kita kena buat dan apa yang tak boleh dibuat.' Haqam pulak atau beliau sebut 'haq' bermakna meletakkan sesuatu itu pada tempat yang terbaik untuknya. Haqam carries with it wisdom. Dengan adanya pengetahuan dan kebijaksanaan kita akan tahu apa, bila , siapa dan bagaimana untuk meletakkan sesuatu ditempat yang terbaik.
Masyarakat Islam di Malaysia memang obsess dengan benda-benda ritual or amal ni. Buat je sebab semua orang buat. Semua parents ajar anak solat, ajar anak mengaji, puasa, solat berjemaah dan sebagainya. On top of that semua parents akan marah anak bila dia menipu, cakap bohong, tengok cerita tak senonoh di TV, pakai baju seksi, menyanyi, menari ..bla..bla..Tapi masalah sosial still ada, malahan bertambah teruk.
So, apa masalahnya? What went wrong? So, marilah kita berbalik kepada teori Naqib Al-Attas itu tadi especially bab hakam atau haq. Semua yang kita dok bagi kat anak-anak sekarang adalah amal tapi tidak ada haqam. Kita lupa bahawa dengan kefahaman yang betul, kenapa kita perlu buat begitu adalah lebih penting.  Tak cukup dengan cakap kat anak jangan minum arak, berdosa,  sebab arak memabukkan sebab nanti budak tu faham lain, kalau minum sikit tak mabuk tak pe. Tak cukup dengan cakap tak boleh ambik/bagi rasuah sebab tak adil pada orang lain, nanti dia fikir kalau dengan rasuah tu semua orang untung kira ok..
Sebab itu haqam itu sangat penting diselitkan dalam amalan supaya ia tidak menjadi sia-sia and most unfortunately tidak kekal. Tanggungjawab siapa untuk provide kefahaman ini? Mak ayah? Cikgu? Kerajaan? JAKIM? Kita? Tepuk dada, tanya selera..

Sesunguhnya Islam itu ad-din.
Wassalam..

1 comment:

  1. Nak didik anak bukan senang, kan kak? Kalau salah gaya, nati org kata mcm ketam pulak. Ajar anak jalan betul, sedangkan mak bapak jalan senget. Kena penuhkan ilmu di dada tentang falsafah di sebalik setiap tindakan, kalau tak, mmg mcm kakak kata la, buat sbb org lain buat, tp tak faham kenapa kita kena buat dan tak boleh pulak nak justify kenapa kita kena buat sesuatu.
    Semoga kita diberi ilham dan diterangkan hati dalam menjalankan tugas yang penuh risky ni..:)
    Good start, kak!

    ReplyDelete