Total Pageviews

Thursday, June 9, 2011

Our 55-hour journey across the ocean..


28 Ogos 2009

Hampir dua minggu tidur tak berapa nak nyenyak memikirkan satu penghijrahan besar yang akan I buat bersama enam orang ahli keluarga (hubby, mak & 4 anak) berpindah jauh beribu batu demi merealisikan impian untuk bergelar seorang doktor falsafah. Bergerak bersama 10 biji luggage, kami bertolak dari Meru, Klang ke KLIA pada sabtu itu (28 Ogos 2009), selepas bersahur dalam pukul 5 pagi. Memang kami telah merancang untuk menunaikan solat subuh di KLIA bimbang tidak sempat untuk urusan checking in yang dijadualkan pada pukul 7 pagi. Antara rakan yang sempat mengucapkan selamat jalan kepada kami sekeluarga pada pagi itu ialah kak Roziah Idrus bersama anaknya. Yang lain termasuk sedara-mara daripada Kuantan, Pekan, Che Uder sekeluarga dari Bangi and of course family dari Klang. Tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu. Sedih dah pasti, happy pun ada tapi yang paling terasa adalah suspen sebab ini kali pertama nak jejak kaki di bumi Uncle Sam yang selama ni kami hanya tengok di TV…entah apa la nasib kami sekeluarga lepas ni hanya Allah yang tahu..

Perjalanan menaiki flight MAS, of course, it was a pleasant journey. Duduk kat bussiness class kan... Kalau nak compare dengan domestic airlines kat US ni memang jauh beza. Fligh attendants lebih ramai daripada passengers yang dok di business class, and semuanya cun-cun belaka, whereas US punya tua-tua and size macam I pun ada. ha..ha..

After 4 hours of flying, berhenti for transit di Taipei. Masa tu dah dalam pukul 3 petang. Lebih kurang 2 jam jugak la kami di Taipei Airport. Sempat la ke bilik air untuk refresh apa-apa yang patut. After that, sambung balik journey ke LA. Masa kat dalam flight around 5.50 p.m dia orang announced time berbuka puasa. Semua yang berpuasa pun dah mula excited. Menu dia faham-faham je la business class… ada 3 course! Appetizer, main and dessert. Dah tu siap ada teh tarik lagi! Tapi upon request la..I yang dah telan semua yang tiga course tu tadi sampai licin, dah rasa macam nak terkeluar balik, tak de la request. (sampai sekarang menyesal sbb tak tau itu la last merasa teh tarik yang kow-kow Malaysia punya..). Selesai je makan suma, lom sempat seghuh (orang Pahang kata), dia dah mai tanya menu apa nak untuk sahur. My mom yang ingat dia nak hantar  time tu jugak, terus je kata nak air masak jer..he..he.. (kesian mak ku bersahur ngan air masak on a MAS flight, business class! Rugi! Rugi!)

29 Ogos 2009

Journey to LA took almost 13 hours. Landed dah pukul 1.30 petang (local time) lebih kurang. Cepat-cepat heret semua terus beratur kat line immigration. Ramai betul NYPD, LAPD dan segala PD berlegar kat situ...muka bengis-bengis belaka..(ke I yang dok imagining things sebab banyak sgt tgk TV..:)  Tiba-tiba ada sorang officer pompuan tu jerit Malaysia! Malaysia! over here...come to this line!..Huh! glamor la pulak..maklumlah kami sekeluarga je nampak lain macam sket, tercangak-cangak kat LAX airport yang canggih-manggih tu..he..he..Alhamdulillah line tu lebih pendek rupanya. Ni semua mesti berkat doa semua orang kat KLIA tadi yang mendoakan semoga Allah permudahkan perjalanan kami. Kejap je dah sampai turn. Semua documents and passport memang dah ready letak dalam satu fail. Tebal failnya sebab 7 orang punya dokumenkan? Officer yang dok kat kaunter tu bagi isyarat suruh I proceed to the counter. I tanya “only me or the whole family altogether?”. “How many?”, dia tanya balik,  and I said 7. Terbeliak bijik mata dia..tapi dia kata “ok,  all can come”. Lama jugak la dia tengok passport satu-satu. Nama officer tu I ingat lagi. Marques. Boleh tahan la kehensemannya. Muka serius betul but he turned out to be very nice and friendly. Dia siap tanya pasal my mom and everything. My mom punya visa pakai visitors visa yang normally dapat stay 6 bulan.  Tapi sebab Marques tu baik hati, and I story kat dia my mom is going to stay with me sampai I habih belajar, bla..bla..impressed by how good daughter I am (perasan..) dia bagi my mom 1 year. Tapi dia pesan suruh apply for extension and kalau nak apply buat sebelum expiration date yang dia bagi tu. Ok la tu kan? J

Dah settle kat immigration terus berduyun-duyun berjalan ke luggage caroussel. Ada 10 bijik beg nak claim nih! Tunggu punya tunggu, punya tunggu kat carousel beg, beg tak sampai-sampai. Hati dah cuak! Aik, tak kan luggage naik kapal terbang lain kot? Tak kan suma kena tahan? Tak dak bawak belacan or durian pun. Gula melaka ada la. Dah dekat nak habih semua beg kena angkat, baru terperasan ada selonggok beg yang dia orang dah asingkan kat bahagian depan carousel tu and letak signage first class and business. La….rupa-rupanya untuk group ni dia orang dah siap bawak turun awal and letak kat satu tempat so tak yah tunggu. Mana la nak tau sebab tak pernah naik business class…ha..ha..:P

Lepas tu jenuh la tolak 4 troli. Beg ada 10 bijik. Ada kawan-kawan yang dok kat US ni kata nanti ada mat black (potter) yang tunggu. Boleh upah dia orang ni je untuk hantar ke domestic flight punya terminal tapi ari tu tak de nampak sekor pung... puasa agaknya mat-mat black nih..:P , so menyudahnya tolak la sendiri. 3 troli tuh! Punya la jauh nak menyampaikan ke terminal for domestic flights tu... ayah and anak-anak pun suma dah senget semacam...



Lama la jugak check in untuk domestic flight sebab travel agent tak buat seat reservation la pulok. Dia book ticket je..akibatnya, our seats berterabur la. Cap apa punya travel agent pun tak tau la Bahagian Tajaan KPM ni appoint. Tapi tak pe la..dapat gak la kerusi, tak de la kena dok atas sayap kan? Dah siap check in barang, ambik turn pegi freshen up. Anak yang kecik2 kena la tukar baju bagi dia rasa selesa sket..yg dah besar pandai-pandai la korang..yang penting gigi mesti gosok! Rasa macam lama waktu transit tapi bila dah settle suma tengok-tengok ada lebih kurang 3 jam je lagi untuk connecting flight ke Chicago tu. Sempat la round-round Chicago airport, pegi Mc Donalds, call zainin, etc. Transit time was just nice, tak terlalu lama and tak perlu rushing.



30 Ogos 2009

Bertolak dari LA dalam jam 12 malam. Based on the itinerary, dia kata sampai 5 a.m. ingat 5 hour journey rupa-rupanya 5.a.m tu waktu Chicago which is 2 hours earlier than LA. So sebenarnya journey tu dalam 3 hours plus saja. Tapi 3 hours rasa macam 3 days sebab flight sesak and Zahim (setahun) melalak non-stop sampai 1 setengah jam. Jenuh ayah dia dok dukung ke depan, ke belakang nak kasi senyap. Mula2 crew tu risau juga asyik suruh kita orang duduk, tapi bila tengok si Zahim hysterical semacam, dia orang buat tak nampak je..masa turbulence pun buat-buat tak reti..ha..ha.Sampai Chicago kul 5.30, nasib baik tak yah check out or check in barang dah. Dia terus masuk ke cargo. Connecting flight ke Lansing pulak sepatutnya 1.30 ptg. Mula-mula tulih terminal F1. Kena ambik shuttle bas le pulok nak ke terminal tu. Dah sampai situ tunggu punya tunggu, dia orang announced flight ada technical problem pulak. Kena naik kapal terbang lain kat terminal F7. Kena jalan pulak pi terminal paling hujung. Jauh jugak la. Last-last tak jadik jugak, kena pi terminal F2 pulak. Patah balik to the other end. Bayangkan lah berduyun-duyun seramai 7 orang tuh..dah sampai terminal F2 kat screen tulih delayed to 2.30 pm. Sabor je la..anak2 I suma cakap serik dah. Tak nak naik kapal terbang dah. Dia orang ajak naik keretapi je. Athirah yang 4 tahun tu terus ajak balik Putrajaya. Tak mau pi US dah. Dia membebel cakap kalau naik kapal terbang B. Melayu (MAS) best. Naik kapal terbang B. Inggeris (Domestic) tak best. Apa tak nya. Dah kena dok economy. Seat berterabur pulak tu. Yang ke Lansing tu flight capacity 50 orang. Seat belakang sekali, rasa macam naik bas express SKMK je..he..he..



Lansing punya time 1 hour earlier than Chicago. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai ke East Lansing Michigan dalam pukul 5 ptg 30hb Aug 2009. (kat Malaysia dah 31hb kul 5 pagi). Husband Zainin (En.Tohar Besah) and another Malaysia friend (EN.Azril Haris) datang ambik. Zainin tak ikut sebab sibuk memasak. Hari tu bukak puasa umah Zainin. Dia masak nasi tomato, ayam masak merah, dalca and kurma telur. It was really heaven, but we were too tired to eat...inilah satu pengalaman berhijrah yang tak dapat dilupakan..:)

No comments:

Post a Comment