Total Pageviews

Wednesday, October 19, 2011

My PhD Journey (Part 1) - Masuk Sekolah

This piece was written on Oct 30th,2009

Alhamdulillah sampai di East Lansing MI petang Ahad, 30 Ogos 2009. The next day, Monday dalam kul 10 lebih my collegue, Zainin bawak I ke Michigan State University (MSU) for the first time. Both Zainin and hubby ada Michigan driving licence so pagi tu kami pegi sekolah naik keta. Suspen je tengok dia drive sebab left-hand drive. Kita kat sebelah pun jadik confuse. Sampai MSU cari parking punya la susah. Zainin kata hari ni je naik kereta. Hari lain naik bas sebab parking for students macam kami memang tak de. Yang ada suma untuk lecturers and students yang dapat assistanship. Itu pun depa kena bayar sewa designated parking lot. Hari tu MSU still cuti. Belum start Fall semester so kami curi-curi parking tempat kosong…lecturer mana punya ntah. :P

First building yang kami masuk is Office for International Students Services (OISS). Administration office dia kecik je. Ramai jugak kat dalam tu. Student baru la agaknya. Then dia mintak passport dengan borang immigration. Pastu bagi satu kertas kecik, suruh tulih nama ngan alamat je. Pastu dia cakap I'll check you in. Aik! nak bagi bilik hotel ke? ha..ha..rupa-rupanya 'check you in' tu maknanya key in my name online and notify immigration office I dah sampai MSU, tak seludup lari mana-mana. Pastu dia cakap that's it. I pun tanya la “do I need to fill in any registration form?” Dia cakap “nope, no form. You're registered. Senangnye!

Pastu Zainin bawak pegi buat student ID. Masa tu orientation week was still on so dia orang ada bukak counter kat cafe. Bau kopi punya la mengancam. Bau macam kat Starbuck tuh..tapi sebab puasa..telan air liur je la. Kat sini pun simple macam tadi jugak. Ada 2 org pompuan dok belakang kamera. Dia bagi satu kertas kecik suruh tulih nama and Personal ID No. Then terus ambik gambar. Tunggu 5 minit ID siap. Yahoo! Dr. Zabani! I'm a Spartan now! Dr. Zabani mesti tau because he was one!:)

Kat East Lansing ni Spartan memang famous giler. Spartan tu mascot MSU. Kaler hijau putih. So all over town, most shopping complexes memang ada corner khas untuk display barang-barang spartan macam t-shirt, topi, jaket, etc. Yang paling bestnyer MSU ada bank sendiri!. nama dia MSU Financial Credit Union. Lepas buat ID, kami pegi MSUFCU Centre pegi bukak account. Bank in duit then terus dapat ATM card. Kad ni boleh swipe kat mana-mana kedai di East Lansing. Tak yah pakai cash. Lebih kurang macam maybank debit card la. No account bank pun boleh terus bagi kat B. Tajaan untuk dia orang transfer duit 4 bulan sekali. Yeay!  

Lepas tu pegi say hi kat International Student Coordinator yang I dok email dari Malaysia tu. Minah ni memang peramah macam selalu sembang dalam email tu. Middle-aged white woman named Anne. Sepatutnya jumpa sorang lagi nama Mary Gebbia nak cakap pasal insurance tapi walk-in appointment dia kul 1. Masa tu blom kul 1. Walaupun dia ada kat dalam bilik dia tapi kerani dia tak bagi masuk. Dia cakap she's in but only available at 1 o'clock. Ceh! skema sgt Mat salleh nih..

Pastu dah penat terus balik. Dah nak start masak untuk bukak puasa.

Malam check email MSU, dah ada message macam-macam. Email welcome from  macam-macam persatuan. Email ni memang Zainin dah set up kan masa dia tolong register class ari tu. Dia cakap cuba hang check kot-kot ada homework. Memang ye sungguh. Kat sini lecturer memang send everything via email. Syllabus, schedule, group list and homework. Memang dah ada reading assignment untuk class hari rabu. A 35-paged article on Max Weber!!! Tapi fikir ikut logik tak kan introduction class dia nak terus belajar kan..(typical Malaysian thinking). So lepak… tengok sikit-sikit...tido..

Rabu pegi class naik bas pulak. Saja nak belajar naik bas. Lagipun isnin hari tu dah beli bus-pass kat bookshop. Zainin tak de class tapi dia teman. Dia lepak kat graduate meeting room buat homework. Class pertama tu research method. Masuk kelas awal jugak so pilih dok meja belakang sikit. Ada sorang pak arab and minah salleh nampak macam student baru. Kat meja lain riuh nampak macam seniors. Takut jugak salah kelas tapi bila tanya is this CEP 930, Susan? Dia org angguk. Ada lebih kurang 30 orang dalam kelas tu. 3 cina, sorang pak arab, sorang mat indon and sorang melayu. The rest are all them (orang putih). Lecturer ada 2 orang. Pompuan sorang muda sikit, lelaki sorang tua. Mat salleh. Dia awal-awal declare they are not just partners professionally but also personally!! Dia tak cakap husband & wife. Dia cuma cakap life partners...he..he..lom kawin la kot. Dah tua-tua pun tak mau kawin lagi. :P   But memang throughout the class they were very professional.

Nasib tak  baik after 40 minutes of introduction, memang depa suruh start discuss article Weber tu!! nak wat camana? Memang lom habih baca. Nganga je la..memang mat-minah salleh tu conquered the whole discussion. Ada sorang budak cina yang sampuk-sampuk jugak tapi dia budak 4th year. Tak seronok langsung kelas tu...rasa macam alien sungguh. Try jugak cakap sikit dalam small group discussion tapi I sounded really stupid. Last-last senyap je la sampai habih kelas 3 jam tu...LOST!!

Friday morning ada breakfast party for International students kat umah Jack Shwille, orang OISS. Pegi ngan Zainin. Dia kata ni dia pun first time pegi. Umah pak cik ni biasa je dari luar tapi dalam cantik. Macam-macam menu ada tapi telan air liur lagi. Yang bestnya jumpa ramai kawan baru. Sempat berkenalan dengan sorang senior policy education nama Todd Drummond. Dia American tapi banyak round2 Asian countries. Dia suka jumpa orang Asia. Boleh tahan la handsomenya. Cerita dengan dia how awkward I felt during my first class. Dia kata that's normal. Dia kata orang putih tu suma eksyen je dalam kelas. Kadang-kadang they all say stupid things jugak so be brave dia kata. Alhamdulillah masa breakfast party tu dapat jumpa supervisor. Dah introduce myself and dia suruh email untuk set an appoinment.  Nama dia Dr. Amitha Chudgar.

Tengahari tu ada kelas policy. Masuk awal jugak. Ada 8 orang je students. Lecturer yang masuk Prof. Micheal Sedlak, pakai t-shirt, seluar pendek, topi lusuh and bawak 4 kotak besar pizza!!! Dia kata since kelas 12.30 - 2.00 p.m. lunch hour so dia prepare lunch. Best kan? Dia org suma pakat makan. Dia orang pandang kat I, I said no tq. They all said yes!!Ramadhan..ramadhan...this class memang enjoy. Prof tu cerita macam-macam mostly housekeeping.(syllabus, evaluation, assistantship, comp.exam, etc.) Halfway ada 4 seniors yang dia jemput join that class including Todd. Dia orang bagi banyak tips. ..sharing of experience. Todd tu siap kenyit mata lagi kat I!! Auw!..Dr. Sedlak dismissed the class with the note 'you don't have to read anything for next class, just read your syllabus! see you next week! ( I later found out that Prof. Sedlak was actually the associate dean!)

Phew!! 

Friday, October 14, 2011

After one month jadi rakyat Michigan

(this was written on Oct 1st, 2009)
Salam everyone!
Angan-angan nak tulih journal selalu so that bila grad (insyaallah) bole la produce buku 'road to phd in the US'. Tapi nak buat macam mana. Semakin hari kerja semakin berlambak. Kalau pool lama-lama jadi bukit. Nak tak nak terpaksa la jugak layan suma assignment tu. Curi-curi masa bila sempat type la macam ni. Maybe after this I jot down kat my manual journal je. Hopefully tak de kawan yang boring baca cerita I ni. Tapi macam I cakap ari tu kalau malas layan, click je 'back to inbox'. Sebenarnya ada jugak angan-angan nak baca at least half a page of Quran satu hari. Itu pun masih di peringkat angan-angan...tapi tak pe..berangan kan free. tak kena bayar pun....

So, after one month living in East Lansing, Michigan ni ramai juga yang tanya best ke dok sini. Kalau nak jawab frankly buat masa sekarang jawapannya tak de la best tara mana pun..banyak lagi yang best kat Malaysia. Tahu je la kat tempat orang...the feeling of being a nobody is a real torture. Bukan la nak cakap kat Malaysia kita VIP ke apa tapi memang kat sini rasa pelik, rasa tak best. Orang kat sini memang susah nak acknowledge orang. Dia tengok kat you tembus. Kadang-kadang rasa macam malas nak keluar rumah.  Dah la dalam kelas bila bukak mulut dia orang cuma 'ambil maklum' je. Bila pegi shopping pun tercangak-cangak. Dah la anak-anak kita orang utara kata 'peghak'. Masuk shopping mall mesti riuh rendah. Kat sini supermart pun macam kat library. Yang ada bunyi mesin-mesin jer.. maklumlah area ni ramai orang tua-tua...jarang yang ada anak kecik. Biasanya kalau first time pegi kat satu tempat tu I akan berdiri dulu kat tepi tengok apa orang buat. Masuk ikut pintu mana, ambik troli kat mana, bila ambik baju hanger tinggal ke or bawak terus dalam troli, que nak bayar pun kena tengok betul-betul sebab ada lane yang self service. Staff dia pun suma macam mesin… skrip dia sama je. Tak de yang sembang masa duty kat kaunter macam staff2 supermarket kat Malaysia. Cuma kalau pegi Oriental Mart (kami panggil kedai cina) baru la rasa macam comfortable sikit sebab ramai asian. budak-budak bising and lari-lari pun tak pe.. tak de yang akan tengok pelik.

Masa hari raya ari tu preparation pun ala kadar je. Raya jatuh hari ahad. 2-3 hari sebelum tu Zainin dah kerah hubby dia pegi beli daging & ayam kat kedai arab. Jauh jugak kedai arab ni.. kat pekan Lansing. Umah kami kat East Lansing. Kira macam dok Putrajaya tapi pi beli daging kat Puchong la..lebih kurang macam tu. Sabtu dah start rebus ketupat segera Nona. Beli kat kedai Cina. Mahal! $2.99 sepeket, dalam peket tu ada dua kampit besar. Masa pegi beli tu ada 6 peket je tinggal so I borong suma. Kuah kacang memang dah ada bawak frozen punya I beli kat restoran Matt kat Taman Permata. Orang belah Ulu Klang tau la kedai ni. Pagi Ahad tu dua kereta drive ke Lansing pegi sembahyang raya. Sampai lewat orang dah tengah khutbah. Pak Imam tu pakai slack ngan kemeja lusuh jer..pakai kopiah putih. Khutbah cakap orang putih. Punya la ramai orang, kami dok belakang tak dengar apa pun sebab bising. Mic ada tapi tak clear. Menyudahnya kami pakat ambik gambar je la kat belakang dewan tu. Habih khutbah mereka suruh budak-budak under 12 beratur ambik hadiah. Macam christmas la pulak. Tapi biasa la kan..orang melayu, kami redah la jugak. Pakat bawak suma anak beratur. Last-last suma dapat la tapi hadiahnya tak berbaloi pun..Aina & Iman yg dah besar  pun dapat permainan budak 5 tahun..I tengok yang jaga hadiah tu group-group pak arab nih. So budak-budak arab dapat hadiah best-best, besar-besar sampai tal larat nak angkat. So cronism is everywhere my friend..bukan kat Malaysia je..Balik dari Lansing, tengahari tu pegi raya gathering with Malaysian students. Suma kata kuah kacang sedap...famous la kuah kacang from malaysia tu...malam ada kawan satu family datang. Tu je la sambutan hari raya 2009 ni.

Next day, Monday ada kelas seperti biasa. plus 2 assignment nak kena hantar..

Apa yang paling sedih pasal dok kat sini ialah kulit muka I jadi kering. Tu la yang faktor yang paling utama (redundant) I tak berapa suka kat sini. Habih dah trademark 'pipi gebu' I masa kat eprd. Now dah tak leh pakai. Kat sini tak leh cuci muka kerap sangat. Kalau kat Malaysia dulu I cuci 2 kali, letak moisturiser sekali, kat sini dah terbalik. Kena cuci sekali je. Kalau lebih dia jadi terlalu kering nanti mengelupas dan gatal. Tu belum lagi cerita pasal kulit tangan ngan kaki. Kena rajin sapu lotion selalu. Kalau malas kulit jadik kering macam mat saleh tu la.. tak cantik kalau tengok dekat-dekat. Rambut dia orang pun kering semacam. Ada sorang classmate I nama Mike tu I tengok rambut dia coklat kerinting kasar sebijik macam karpet kat rumah Zainin!! he..hee..

Tapi i dok perati students kat MSU ni memang ramai yang cantik-cantik dan handsome-handsome belaka. Classmates I ramai yang sekali tengok memang macam model. Tapi bila tanya mostly dah beranak-pinak. Tapi ada juga yang muda-muda dah buat phd. Now i ada 3 kawan baik la. Tracy, Jeff & Wei Li. Semua bukan orang Michigan. Tracy dari Pennsylvania, Jeff dari Madison, Wisconsin and Wei Li dari China. So selalu hang around dengan depa ni la buat discussion ke apa. This semester rasa macam malas lagi nak join society ke apa. Selalunya club-club ni ada weekly gathering. Activity macam-macam la but mostly academic. (tu yg malas nak join) he..hee

Budak-budak suka la kat sini sebab sekolah dia orang tak tension, banyak main je I tengok. Satu lagi aktiviti yang I suka, browse website 'craiglist', cari barang murah. Kat website ni dia orang advertise barang-barang kat rumah, yang dia orang dah tak nak pakai. Orang putih ni pandai jaga barang. Second hand pun elok-elok. Boleh la cari almari, rak buku, toys, etc. Ari tu dah beli dresser $15! Ada enam laci! ok la kan? Yang bestnya ada jugak advertise barang free! syaratnya kita kena pegi amik sendiri. Hari tu Zahrin dah ada bawak balik couch free. Kalau barang ok tak kisah. rajin je pegi amik.

Hari tu ada dapat email from Khairul Azuan beritau dia dah sampai Paris. Best jugak dengar cerita dia, especially bab 'toot’ anjing bersepah. Kat tempat I ni anjing banyak… selalu la nampak tuannya bawak jalan-jalan petang-petang tapi tak pernah dengar pun anjing menyalak! heran kan? Bisu agaknya anjing-anjing kat sini. Poop anjing pun tak de sebab tuannya akan kutip. Kalau tak kutip dia orang akan kena saman! orang kat sini memang berkira. sikit-sikit saman, sikit-sikit saman. Kat tv ada satu program 'people's court’. Dia orang buat public cases trials yang kecik-kecik. Kelakar je kes-kesnya. Pasal $25 pun dia orang saman. Mak saman anak pun ada, jiran saman jiran pun ada. Ada satu kes tu kawan saman kawan sebab tak bayar duit dia pinjam 4-5 tahun lepas dalam $50. So, moral of the story, kita pun kena la hati-hati supaya tak kena saman yang bodoh-bodoh ni.

Satu lagi phobia kat sini takut sakit sebab medical treatment mahal and banyak cikadak. Suma kena call dulu buat appointment. Macam-macam document dia mintak. Tak de la main walk-in clinic macam kat Malaysia. Kalau tak de appointment dia buat tak tau je. Kalau nak kena pegi kat tempat emergency… itu pun kalau betul-betul emergency la. Satu hari ari tu Athirah yang 4 tahun tu lekat tulang kat tekak. Mak I dah suruh pegi klinik. Lepas setengah jam Tok dengan ayahnya try macam-macam, dia tak nak bukak mulut. I pun pegang jaw dia kuat-kuat, jolok ngan jari sampai tekak, last-last dia muntah baru lega. Jari I la sakit kena gigit. Kuat pulak tu gigi dia.. Tu la punya seksa dok kat sini. I rasa macam ni perasaan Indon-indon and bangla-bangla kat Malaysia tu.

Sebenarnya I rasa kat sini mostly immigrants. Mat saleh yang ada pun bukan dia orang original sini. Cuma dia orang je perasan sebab dia pakai title American. Yang black dia orang labelled as African American, yang dari south dia orang panggil Latino. Padahal group-group ni suma Americans. Punya la tak baik orang putih ni kan? Bila dah belajar US history, I buat conclusion dia orang ni ada masalah identity crisis. Dia orang datang US pun sebab tak leh nak compete kat negara asal dia orang (mostly Europe). So bila sampai sini konon nak create identity sendiri yang tak nak ada kena mengena ngan Europe. So dia start la buat buku spelling dia orang sendiri, language & pronunciation sendiri (walaupun banyak cilok Europe). Kat sini kalau dia tanya 'how are you? you jawab I'm fine" dia akan bagi reaction pelik. Kat sini dia orang jawab "I'm good, or I'm feeling great!". "I'm fine" tu British. Bahasa dia pun sangat expressive and exaggerating pun ada. Dalam kelas I cakap 'there were some changes in education in the US from 1800 to 1900, tapi orang dia cakap "there were dramatic changes..bla..bla... Kan bunyik lebih umph? Padahal maknanya sama je..Frust betul.. Sampai culture pun dia orang create lain i.e. left-hand drive. Pintu kat sini pun bukak belah kanan even pintu fridge!  kelakar kan?

So those are my 'early' conclusions yang I dapat buat selepas sebulan. Who knows after 2 months I might have a different opinion. So, until next time...adios amigos! Wassalam.