Total Pageviews

Wednesday, October 19, 2011

My PhD Journey (Part 1) - Masuk Sekolah

This piece was written on Oct 30th,2009

Alhamdulillah sampai di East Lansing MI petang Ahad, 30 Ogos 2009. The next day, Monday dalam kul 10 lebih my collegue, Zainin bawak I ke Michigan State University (MSU) for the first time. Both Zainin and hubby ada Michigan driving licence so pagi tu kami pegi sekolah naik keta. Suspen je tengok dia drive sebab left-hand drive. Kita kat sebelah pun jadik confuse. Sampai MSU cari parking punya la susah. Zainin kata hari ni je naik kereta. Hari lain naik bas sebab parking for students macam kami memang tak de. Yang ada suma untuk lecturers and students yang dapat assistanship. Itu pun depa kena bayar sewa designated parking lot. Hari tu MSU still cuti. Belum start Fall semester so kami curi-curi parking tempat kosong…lecturer mana punya ntah. :P

First building yang kami masuk is Office for International Students Services (OISS). Administration office dia kecik je. Ramai jugak kat dalam tu. Student baru la agaknya. Then dia mintak passport dengan borang immigration. Pastu bagi satu kertas kecik, suruh tulih nama ngan alamat je. Pastu dia cakap I'll check you in. Aik! nak bagi bilik hotel ke? ha..ha..rupa-rupanya 'check you in' tu maknanya key in my name online and notify immigration office I dah sampai MSU, tak seludup lari mana-mana. Pastu dia cakap that's it. I pun tanya la “do I need to fill in any registration form?” Dia cakap “nope, no form. You're registered. Senangnye!

Pastu Zainin bawak pegi buat student ID. Masa tu orientation week was still on so dia orang ada bukak counter kat cafe. Bau kopi punya la mengancam. Bau macam kat Starbuck tuh..tapi sebab puasa..telan air liur je la. Kat sini pun simple macam tadi jugak. Ada 2 org pompuan dok belakang kamera. Dia bagi satu kertas kecik suruh tulih nama and Personal ID No. Then terus ambik gambar. Tunggu 5 minit ID siap. Yahoo! Dr. Zabani! I'm a Spartan now! Dr. Zabani mesti tau because he was one!:)

Kat East Lansing ni Spartan memang famous giler. Spartan tu mascot MSU. Kaler hijau putih. So all over town, most shopping complexes memang ada corner khas untuk display barang-barang spartan macam t-shirt, topi, jaket, etc. Yang paling bestnyer MSU ada bank sendiri!. nama dia MSU Financial Credit Union. Lepas buat ID, kami pegi MSUFCU Centre pegi bukak account. Bank in duit then terus dapat ATM card. Kad ni boleh swipe kat mana-mana kedai di East Lansing. Tak yah pakai cash. Lebih kurang macam maybank debit card la. No account bank pun boleh terus bagi kat B. Tajaan untuk dia orang transfer duit 4 bulan sekali. Yeay!  

Lepas tu pegi say hi kat International Student Coordinator yang I dok email dari Malaysia tu. Minah ni memang peramah macam selalu sembang dalam email tu. Middle-aged white woman named Anne. Sepatutnya jumpa sorang lagi nama Mary Gebbia nak cakap pasal insurance tapi walk-in appointment dia kul 1. Masa tu blom kul 1. Walaupun dia ada kat dalam bilik dia tapi kerani dia tak bagi masuk. Dia cakap she's in but only available at 1 o'clock. Ceh! skema sgt Mat salleh nih..

Pastu dah penat terus balik. Dah nak start masak untuk bukak puasa.

Malam check email MSU, dah ada message macam-macam. Email welcome from  macam-macam persatuan. Email ni memang Zainin dah set up kan masa dia tolong register class ari tu. Dia cakap cuba hang check kot-kot ada homework. Memang ye sungguh. Kat sini lecturer memang send everything via email. Syllabus, schedule, group list and homework. Memang dah ada reading assignment untuk class hari rabu. A 35-paged article on Max Weber!!! Tapi fikir ikut logik tak kan introduction class dia nak terus belajar kan..(typical Malaysian thinking). So lepak… tengok sikit-sikit...tido..

Rabu pegi class naik bas pulak. Saja nak belajar naik bas. Lagipun isnin hari tu dah beli bus-pass kat bookshop. Zainin tak de class tapi dia teman. Dia lepak kat graduate meeting room buat homework. Class pertama tu research method. Masuk kelas awal jugak so pilih dok meja belakang sikit. Ada sorang pak arab and minah salleh nampak macam student baru. Kat meja lain riuh nampak macam seniors. Takut jugak salah kelas tapi bila tanya is this CEP 930, Susan? Dia org angguk. Ada lebih kurang 30 orang dalam kelas tu. 3 cina, sorang pak arab, sorang mat indon and sorang melayu. The rest are all them (orang putih). Lecturer ada 2 orang. Pompuan sorang muda sikit, lelaki sorang tua. Mat salleh. Dia awal-awal declare they are not just partners professionally but also personally!! Dia tak cakap husband & wife. Dia cuma cakap life partners...he..he..lom kawin la kot. Dah tua-tua pun tak mau kawin lagi. :P   But memang throughout the class they were very professional.

Nasib tak  baik after 40 minutes of introduction, memang depa suruh start discuss article Weber tu!! nak wat camana? Memang lom habih baca. Nganga je la..memang mat-minah salleh tu conquered the whole discussion. Ada sorang budak cina yang sampuk-sampuk jugak tapi dia budak 4th year. Tak seronok langsung kelas tu...rasa macam alien sungguh. Try jugak cakap sikit dalam small group discussion tapi I sounded really stupid. Last-last senyap je la sampai habih kelas 3 jam tu...LOST!!

Friday morning ada breakfast party for International students kat umah Jack Shwille, orang OISS. Pegi ngan Zainin. Dia kata ni dia pun first time pegi. Umah pak cik ni biasa je dari luar tapi dalam cantik. Macam-macam menu ada tapi telan air liur lagi. Yang bestnya jumpa ramai kawan baru. Sempat berkenalan dengan sorang senior policy education nama Todd Drummond. Dia American tapi banyak round2 Asian countries. Dia suka jumpa orang Asia. Boleh tahan la handsomenya. Cerita dengan dia how awkward I felt during my first class. Dia kata that's normal. Dia kata orang putih tu suma eksyen je dalam kelas. Kadang-kadang they all say stupid things jugak so be brave dia kata. Alhamdulillah masa breakfast party tu dapat jumpa supervisor. Dah introduce myself and dia suruh email untuk set an appoinment.  Nama dia Dr. Amitha Chudgar.

Tengahari tu ada kelas policy. Masuk awal jugak. Ada 8 orang je students. Lecturer yang masuk Prof. Micheal Sedlak, pakai t-shirt, seluar pendek, topi lusuh and bawak 4 kotak besar pizza!!! Dia kata since kelas 12.30 - 2.00 p.m. lunch hour so dia prepare lunch. Best kan? Dia org suma pakat makan. Dia orang pandang kat I, I said no tq. They all said yes!!Ramadhan..ramadhan...this class memang enjoy. Prof tu cerita macam-macam mostly housekeeping.(syllabus, evaluation, assistantship, comp.exam, etc.) Halfway ada 4 seniors yang dia jemput join that class including Todd. Dia orang bagi banyak tips. ..sharing of experience. Todd tu siap kenyit mata lagi kat I!! Auw!..Dr. Sedlak dismissed the class with the note 'you don't have to read anything for next class, just read your syllabus! see you next week! ( I later found out that Prof. Sedlak was actually the associate dean!)

Phew!! 

No comments:

Post a Comment